Perkahwinan dan anakanda Che’_Puan_Mahkota_Khaleeda_Johor

Pada 24 Oktober 2014, DYAM Tunku Ismail dan YAM Che' Puan Mahkota Khaleeda direstui untuk berkahwin di Istana Bukit Serene. Perkahwinan mereka telah disempurnakan oleh YBhg. Mufti Johor, Dato' Mohd Tahrir Samsudin. Selepas diijab kabulkan, baginda dikurniakan gelaran Che' Puan iaitu gelaran yang diberikan kepada isteri Tunku Mahkota Johor yang berasal dari golongan orang kebanyakan (rakyat biasa).[1]

Pasangan diraja ini dikurniakan anakanda pertama dan puteri sulung diberi nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang diputerakan pada 25 Jun 2016.[2]. Baginda dikurniakan anakanda kedua dan putera sulung diberi nama DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim (Raja Muda Johor) yang diputerakan pada 14 Oktober 2017. Baginda dikurniakan anakanda ketiga dan putera kedua diberi nama YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim yang diputerakan pada 16 Julai 2019. Baginda dikurniakan anakanda keempat dan puteri kedua diberi nama YAM Tunku Zahrah Zarith Aziyah yang diputerakan pada 21 April 2021.